
Pendedahan saksi pertama kes liwat Penasihat PKR
KUALA LUMPUR: Perbicaraan hari pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu marah apabila bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menolak untuk mengadakan hubungan seks dengannya.
Reaksi Anwar itu didedahkan oleh Mohd Saiful dalam keterangannya hampir sejam sebelum prosiding ditangguhkan, kira-kira jam 5 petang selepas peguam tertuduh, Karpal Singh memohon mahkamah meneruskan perbicaraan secara tertutup.
Terdahulu, Mohd Saiful yang disoal Peguam Cara Negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, berkata kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 di Unit 11-5-2, Desa Damansara Kondominium, Bukit Damansara di sini, selepas beliau diarahkan ke kondominium itu untuk berbincang mengenai jadual kerja Anwar dan menghantar beg hitam berisi dokumen.
Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk? Mohd Saiful: Selepas menyerahkan beg hitam berisi dokumen, kami berbincang jadual kerja dan tidak lama selepas itu beliau tanya satu soalan.
Mohd Yusof: Apa soalan? Mohd Saiful: Dalam Bahasa Inggeris, Can I **** you today?
What could "****" mean?? Free?? Fren??? Find???? Fish maybe? It couldnt mean FUCK could it!!!
Mohd Yusof : Apa reaksi kamu? Mohd Saiful :Saya merasa marah dan takut. Saya menolak pelawaan itu dan tidak mahu melakukannya. Beliau dengan nada marah berkata "What"?
Mohd Yusof :Selepas itu apa yang berlaku? Mohd Saiful :Saya ulang perkataan yang sama, saya tidak sanggup melakukannya. Dia agak marah pada ketika itu dan saya takut. Kemudian dia arahkan saya ke bilik tidur utama. Saya ikut arahan dan pergi dulu.
Mohd Yusof :Dalam bilik itu apa yang berlaku? Mohd Saiful :Anwar pergi ke hujung bilik untuk menutup langsir dan lampu, selepas itu dia arahkan saya membersihkan diri di dalam bilik air. Saya masuk ke bilik air dan membilas badan tetapi tidak mandi. Ketika itu saya membuka pakaian dan mengambil tuala, apabila keluar dari bilik air saya membawa kemeja dan gantung di tempat menggantung baju.
Mohd Yusof :Ketika kamu keluar dari bilik air, di mana Anwar berada? Mohd Saiful :Dia berdiri di hujung penjuru katil dengan memakai tuala putih. Dia mengarahkan saya pergi kepadanya. Apabila saya pergi kepadanya, dia memeluk saya sambil berdiri.
Pada peringkat itu, Karpal memohon supaya perbicaraan dijalankan secara tertutup dan dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Mohd Yusof pula menjelaskan pihak pendakwaan pihaknya tiada masalah jika perbicaraan itu dijalankan secara terbuka, tetapi menyerahkan kepada budi bicara mahkamah jika ia boleh memberikan keadilan.
Pada permulaan prosiding, Mohd Saiful menjelaskan beliau hanya bekerja sebagai pembantu khas Anwar selama empat bulan dari awal Mac hingga 28 Jun 2008 kerana tidak rela dan tidak sanggup diliwat. "Bagaimanapun dalam e-mel kepada Anwar, saya berikan alasan bahawa saya tidak berdisiplin, sering datang lewat ke pejabat dan dimarahi oleh beliau. "Saya juga katakan bahawa saya tertekan kerana diberikan bilik, sedangkan saya kurang kelayakan berbanding pekerja lain dan saya nyatakan selagi saya menjadi pembantunya perkara itu akan menjadi isu," katanya.